Emosi yang perlu diuruskan

Dah nama pun manusia pastinya anda juga tidak dapat lari dari berhadapan dengan masalah emosi yang melanda.

Baru baru ini saya ada menyertai satu pertandingan robotik, namun disebabkan faktor tidak bersedia saya terpaksa menarik diri. Walau bagaimanapun saya merasakan tindakan saya menarik diri telah menyusahkan pihak penganjur

Dah nama pun manusia pastinya anda juga akan rasa serba salah bila tindakan anda menyebabkan orang lain menghadapi kesukaran.

Apapun sebagai langkah penyelesaian, kadang kala kita perlu sedar. Apa jua keputusan yang kita ambil dalam hidup, kadang kala ia memang memberi kesan kepada orang lain.

Keputusan anda untuk berhenti kerja contohnya, ia memberikan kesan baik kepada anda. Peningkatan taraf hidup, tempat kerja baru yang mungkin lebih baik. Walau bagaimanapun, disebabkan anda berhenti kerja, tempat kerja lama anda pula mengalami kesukaran untuk beroperasi kerana kekurangan tenaga kerja.

Itulah kehidupan, ada kala keputusan yang kita ambil, kita tak sedar memberikan impak kepada orang lain.

Jadi secara kesimpulan, bagi saya. Untuk buat keputusan mudah saja, BUAT SAJA KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA.

Jangan risau kepada perkara perkara yang anda sendiri tak pasti. Fikirkan kebaikan yang akan anda dapat bila buat keputusan tersebut. Sebab bila anda buat keputusan, yang confirm dapat kebaikan ialah anda, yang belum confirm menderita atau susah orang lain.

Oleh itu, JUST DO IT!


Ikuti mobile videomaking online course yang akan dijalankan dalam website ini. Tingkatkan kemahiran edit video anda dengan hanya menggunakan smartphone

Software terbaik untuk edit video di smartphone

Sekarang semua guna phone, ambil gambar, ambil video, malah edit video juga boleh terus melalui smartphone saja.

Bagi saya aplikasi edit video yang saya sangat suka untuk gunakan ialah

POWER DIRECTOR.

Mungkin ramai rasa ianya susah untuk digunakan, namun bagi saya ianya sudah pun setanding dengan standart non linear video editing software yang kita gunakan di komputer.

Ianya berkemampuan untuk menghasilkan video yang menepati kehendak saya sebagai videomaker.

InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan lancarkan modul online, mobile videomaking online course yang akan memberi fokus kepada aplikasi ini. Nantikan!

Tutorial Confirm faham Buat Website Step by Step

Anda ada bisnes? Atau nak buat blog memaparkan kehidupan anda yang menyeronokkan tu? Hehe. Kalau macam tu buatlah website.

Jika ada bisnes, wajib untuk ada website supaya orang lain boleh tahu maklumat tentang bisnes anda.

Dan paling penting, bila anda buat website anda, ianya akan tersenarai dalam carian google. Penting tu!

Oleh itu jika dah bersedia untuk belajar cara buat website, ikuti video tutorial cara bina website di bawah.

Mudah difahami dan langkah satu per satu ditunjukkan. SEMOGA BERJAYA!

Buat video guna smartphone

Pada zaman sekarang ni, saya yakin majoriti daripada kita menggunakan smartphone yang mampu merakam video dengan kualiti yang tinggi.

Malah anda phone yang dapat rekod video dan ambil gambar lebih cantik berbanding menggunakankamera dslr yang biasa.

Oleh yang demikian, video production kini telah berubah arah dan mobile videomaking semakin popular dalam kalangan warga net.

Adakah anda ingin belajar buat video menggunakan smartphone saja? Apa lagi jom Ikuti mobile videomaking online course di dalam website ini!

Belajar buat video gempak

Anda seorang yang suka edit video? Anda suka rakam video menggunakan smartphone anda dan kongsikan hasil video anda di media sosial seperti instagram dan facebook?

Jika ya, dah tentu anda nak video yang anda share tu mampu memukau sesiapa yang melihatnya. Betul kan?

Oleh yang demikian apa kata ikuti mobile videomaking online course di website ini untuk memahirkan anda menghasilkan video yang power dan gempak!

Kelebihan Tidur Siang Hari

Untunglah jika anda seorang yang berpeluang untuk nap atau dapat tidur seketika pada setiap hari.

Macam saya bekerja sebagai guru, dapat juga curi curi tidur sekejap pada waktu tengah hari ketika tiada kelas.

Masa yang saya perlukan untuk nap atau qailullah ialah selama 23 minit. Pelik kan macam mana saya tahu 23 minit cukup?

Setiap orang berbeza, anda perlu measure sendiri berapa lama anda perlukan untuk nap yang dapat menyegarkan anda semula.

Starting ada kunci jam untuk 40 minit, lepas tu perhatikan bila sedar rasa segar tak? Kemudian kurangkan lagi 30 minit dan seterusnya. Sampailah anda rasa jumlah masa yang cukup untuk anda nap.

Bagi saya 23 minit sudah cukup untuk merehatkan diri dan menyegarkan semula badan yang keletihan di waktu tengah hari.

Antara kelebihan utama qailullah pastinya menyegarkan badan anda dan memberikan anda tenaga untuk meneruskan hari dengan lebih berkualiti.

Maksudnya tengah hari dah penat, tidur sekejap qailullah dan dapat sambung semula kerja harian anda dengan segar.

Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”

Coretan 23 Ogos 2019


Anda ingin ikuti mobile videomaking online course?

Nantikan di sini modul kursus online edit video yang power dengan hanya menggunakan smartphone

Peperiksaan Percubaan SPM

Pada awal Isnin lepas telah berlangsung trial SPM bagi sekolah Al Amin Melaka.Sekolah tempat saya menjalankan tugas sebagai Cikgu Addmath (Jangan gelak).

Peperiksaan trial spm merupakan saat yang sangat penting dan pastinya merisaukan anda waktu SPM dulu.

Sebab ramai orang akan jadikan trial SPM sebagai target berapa A boleh dapat dalam SPM

Namun bila ingat balik, jumlah A yang saya dapat sewaktu trial tidak ada beza sangat masa result SPM keluar.Malah kecewa adalah! Hahaha.. sebab target nak straight A, tapi tak dapat.

Apa pun peperiksaan yang anda lalui pastinya meninggalkan memori dan pengalaman indah yang tidak dapat anda lupakan.

Coretan 22 Ogos 2019


ANDA INGIN BELAJAR HASILKAN VIDEO POWER DENGAN HANYA MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT?

Ikuti mobile videomaking online course yang akan dikeluarkan melalui website ini tidak lama lagi.

Cuti Hari Keputeraan Agong 2019

Adalah ini dimaklumkan bahawa, seperti yang kita sedia maklum dan tertunggu tunggu.

Yela semua dah plan 9 september cuti. Tapi pelbagai spekulasi dikeluarkan memandangkan lantikan Agong yang baru.

Jadi ramai menyangkakan cuti itu secara automatik terbatal. Walaubagaimana pun untuk makluman semua,

Hari Keputeraan Agong bukan jatuh pada hari jadi Agong! Sambutan Hari Keputeraan Agong telah ditetapkan pada satu tarikh atas perbincangan pihak tertentu.

Jadi tak kisahlah Agong bertukar dan sebagainya, Sambutan Hari Keputeraan Agong tetap berjalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Oleh itu dimaklumkan bahawa

9 September 2019 (ISNIN) – CUTI HARI KEPUTERAAN AGONG BAGI TAHUN 2019

Namun untuk tahun 2020 pula, cuti Agong ditukar kepada 6 Jun 2020 nanti.

OLEH ITU SELAMAT BERCUTI!

Coretan 21 Ogos 2019.

Anda ingin belajar edit Video yang power dengan hanya menggunakan Smartphone?

Nantikan mobile video editing online course di website ini tak lama lagi.

Mampukah tulis blog setiap hari?

Seperti yang aku cakap dalam post semalam, kalau ikutkan dah lama dah aku menceburkan diri dalam dunia blog ni.

Bermula dgn blogspot, kemudian mula beli domain. Antara blog blog yang pernah aku beli terapinoetik.com (tulis benda motivasi), ilhamamirul.com dan amirulbinramli.com.

Ada beberapa lagi blog yang aku tulis tapi tak ingatlah. Ada juga blog kena hacked sampai hilang semua blog post (sabau je la)

Apa pun aku akan cuba jadikan blog buatvideopower.com ni sebagai tempat untuk aku kembali semula dalam dunia blogging sambil mempromosikan kursus video editing yang aku jalankan.

Okay jumpa esok!

Anda ingin belajar edit video dengan hanya menggunakan sartphone?Ikuti mobile video editing online course di website ini. Nantikan!

Selamat Datang Warganet Sekalian!

Hai apa khabar, salam sejahtera. Baik pengenalan secara ringkas. Besar kemungkinan aku akan jadikan website ini sebagai blog juga.

Maksudnya kalau ada masa terluang akan digunakan platform blog ni untuk berkongsi perjalanan hidup aku.

Sebab kalau ikutkan mungkin dalam 10 tahun lepas pun aku dah ada blog. Lepas tu beli domain website pun dah banyak kali lah jugak. Tapi tak kekal lama, maklumlah..

Nak mula buat sesuatu yang baru itu mudah, tapi nak kekal buat sesuatu yang telah dimulakan itu yang susah

Apa pun aku akan cuba jika ada masa terluang. Yela kalau tak cuba mana nak tahu. Kalau tak start, memang sampai bila bila tak ada blog ni nanti.

Baik nama aku Amirul Ramli. Sekarang bertugas sebagai cikgu matematik tambahan. Okay cukup sekadar tu dulu. Haha. Nanti sambung lagi

[Coretan 20 Ogos 2019]

ADAKAH ANDA INGIN BELAJAR EDIT VIDEO SUPAYA DAPAT HASILKAN VIDEO YANG GEMPAK DAN POWER?

NANTIKAN ONLINE MOBILE VIDEO EDITING COURSE DI SINI!