Cara edit video greenscreen guna app di smartphone

Kalau dulu hanya mereka-mereka yang pro saja berpeluang gunakan green screen dalam video ni.

Kini sebab smartphone yang anda gunakan pun semakin canggih, anda boleh edit dan gunakan video green screen dengan menggunakan apps edit video smartphone anda.

Antara apps yang terbaik untuk edit video bagi saya ialah Power Director. Sebab ianya mudah, simple dan yang paling penting aplikasi video editor ni support non linear video editing (Nak tahu apa maksud dia, boleh ikuti training edit video kami)

Baik jadi anda nak tahu cara buat green screen kan? Anda boleh rekod video dengan meletakkan kain hijau sebagai layar. Atau anda boleh gunakan pelbagai Stock Footage di Youtube saja.

Ada banyak green screen footage di youtube. Cuba lihat contoh di bawah

Nak tahu cara buat video yang menarik guna smartphone?

Buat video power guna smartphone saja

Pada tahun 2020 ini, anda pastinya ada smartphone yang canggih. Kameranya tak perlu cakaplah. Pasti lagi power dari phone yang saya ada.

Sebelum tu cuba tengok dulu video yang saya buat 100% menggunakan smartphone saya. Rakam guna smartphone, edit video ni pun guna smartphone saja. Cuba tengok dan beri komen

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

bertempat di rnr sungai Rambai. Dulu tempat jin bertandang. Skrg karnival bukan main rancak. #lightfestival #sungairambai #sungairambaimelaka #melaka #instavlog

A post shared by Amirul Bin Ramli (@amirulbinramli) on

Macam mana berminat tak nak kuasai kemahiran buat video menggunakan smartphone saja?

Belajar Buat Video Yang Menarik

Hasil daripada pengalaman 10 tahun saya dalam pembuatan video, antara satu tips yang dapat saya kongsikan untuk menjadikan video anda Power dan menarik adalah

Pastikan video anda AKTIF

buatvideopower.com

Video yang aktif akan menjadikan video anda nampak profesional berbanding video-video amatur yang berlambak di media sosial.

Apa maksud video aktif? Baik mudah saja. Video aktif maksudnya video yang memaparkan anda SEDANG BUAT SESUATU.

Di bawah saya berikan contoh video amatur dan video POWER

Situasi : Melihat pemandangan di pantai
Amatur : Video memaparkan pantai dan air laut sahaja
PRO : Video memaparkan seorang lelaki sedang berlari dan menendang ombak yang menghempas pantai

Situasi : Berjalan di Pasar Tani
Amatur : Video memaparkan suasana orang ramai sedang membeli belah (umum)
PRO : Video fokus seorang yang sedang memasukkan bawang ke dalam plastik, memberi duit kepada penjual sambil berbual

Situasi : Pokok bunga di Taman Bunga
Amatur : Video memaparkan pokok-pokok bunga satu per satu
PRO : Video memaparkan seorang perempuan sedang memegang pokok bunga dan menghidu haruman kelopak bunga.

Jadi nampakkan? nak jadikan video anda menarik dan power. Pastikan video anda AKTIF.

Nak belajar lebih teknik buat video power?

Cara buat Vlog yang menarik di Youtube

Anda nak buat vlog dan upload di youtube? Anda nak belajar buat video yang power dan menarik untuk di share secara online?

Kami di Inersia Studio dapat membantu anda. Dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman pembuatan video, kami telah menerbitkan Modul Belajar Buat Video Power.

Kini sesiapa saja boleh buat video yang menarik sebab semua orang anda smartphone! Dengan menggunakan smartphone anda boleh rakam video, edit video dan upload video secara terus seberapa kerap yang anda mahukan.

Untuk maklumat lanjut berhubung Modul Buat Video Power, klik di sini

Belajar Edit Video Bersama Inersia Studio

Anda nak belajar hasilkan video yang power dan nampak professional? Kami di Inersia Studio yakin dapat membantu anda.

Dengan 10 tahun pengalaman dalam pembuatan video, kami dapat kongsikan pada anda cara cara untuk buat video yang cantik dan menarik untuk anda kongsikan di media sosial.

Antara kunci utama untuk buat video yang menarik ialah videografi dan cinematografi video. Dengan belajar teknik merakam video yang cantik barulah video yang anda edit akan menjadi gempak dan ada Uuumphh!

Ikuti modul yang telah kami sediakan. Sangat berbaloi jika dibandingkan dengan hasil video yang bakal anda mampu buat nanti.

Cara buat video yang menarik

Untuk menghasilkan video yang cantik dan nampak power, ada beberapa perkara penting yang perlu anda beri perhatian. Antaranya ialah

Video Composition

Video composition bermaksud cara anda merakam subjek di dalam video. Perbezaan ketara dapat dilihat bagi videomaker yang amatur dan profesional.

Anda yang profesional pastinya tahu cara untuk menjadikan komposisi anda menarik dan cantik. Antara tips untuk komposisi yang boleh anda cuba lakukan ialah, memaksimakan subjek di dalam skrin.

Contoh 1 : Ada ruang kosong di sekeliling bulan
Contoh 2 : Bulan lebih dekat dan dimaksimumkan pada skrin

Cuba pilih sama ada contoh 1 atau contoh 2 yang lebih menarik?

Nak belajar lebih tips untuk buat video yang power dan menarik? Cuba tengok Videomaking training ni.

Apps untuk edit video di iphone

Aplikasi yang paling saya suka guna untuk edit dan hasilkan video kini boleh juga dimuat turun melalui Apps Store di iphone.

Aplikasi tersebut ialah PowerDirector, jika di android ini app yang agak hebat juga untuk edit video. Kini pengguna iphone juga boleh menggunakan app PowerDirector ini untuk hasilkan video yang gempak dan professional.

Nak belajar buat video guna iphone anda?

Apps untuk edit video di android

Saya seorang videomaker dan pernah menjalankan bisnes pembuatan video secara profesional.

Kini sebab dah bergelar cikgu sekolah, video video yang saya buat hanyalah berkisar mengenai program program sekolah.

Apa yang menarik adalah, sekarang segalanya boleh dihasilkan guna smartphone saja.

Anda boleh buat video yang hebat, power dengan hanya menggunakan smartphone.

Aplikasi yang paling saya minati untuk edit video di android ialah PowerDirector.

Ini kerana aplikasi ini mudah, dan dapat menghasilkan video yang profesional.

Anda berminat untuk belajar edit video yang profesional?

Apps terbaik untuk edit video di android

Anda minat buat video dan ada android phone? Ada satu aplikasi yang sangat mudah dan power untuk anda gunakan.

Hasil video dari aplikasi ini juga boleh kelihatan professional dengan cara penggunaan yang betul.

Aplikasi terbaik untuk android phone bagi saya ialah PowerDirector.

Apps PowerDirector ini anda boleh muat turun di Google PlayStore secara percuma. Video yang dihasilkan akan ada watermark sebagai freemium. (Tak salah pun kalau ada watermark)

Sebab apa saya kata PowerDirector ni apps terbaik untuk edit video guna android?

Sebab ianya non linear video editing apps. Maksud non linear ialah anda boleh masukkan layer di atas satu video atau gambar yg lain.

Contohnya ada video anda bercakap tentang memancing, sambil tu boleh paparkan gambar gambar ikan (dalam masa yg sama video anda bercakap masih berjalan sebagai backgroud)

Itu salah satu sebab kenapa saya cakap PowerDirector aplikasi terbaik untuk buat video di smartphone.

Nak buat video ala ala profesional dengan hanya guna smartphone?